Perlawanan Bowling Antara Pegawai JKR PD
Tajuk: Perlawanan Bowling Antara Pegawai JKR PD
Tarikh: 25 Jun 2011
Tempat: Kompleks Bowling, The Store, Port Dickson.
Pada 25 Jun 2011 yang lalu, satu perlawanan Bowling Antara Pegawai JKR PD yang telah berlangsung di Kompleks Kompleks Bowling anjuran Kelab Sukan & Kebajikan JKR Port Dickson. Majlis ini telah di meriah lagi dengan kedatangan Tuan Pengerusi Kelab Sukan & Kebajiakan JKR Port Dickson, Ir Suhaizad Bin Haji Sulaiman, selaku Jurutera Daerah, merangkap untuk merasmikan majlis ini. Pegawai JKR PD juga tidak ketingalan untuk melibatkan diri sebagai lapan ( 8 ) pasukan berkumpulan untuk mewakili Kelab Sukan & Kebajikan JKR PD. Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan daripada Kumpulan Pantai Dickson A.
Naib juara di menangi oleh Kumpulan Blue Laggon A dan tempat ketiga di menangi oleh Kumpulan Pantai Cahaya A. Jatuhan pin terbanyak lelaki di menangi oleh En Muhamad Jani B Ismail peserta dari Kumpulan Blue Lagoon A. Jatuhan pin terbanyak perempuan ialah Pn Salina Binti Asmuni peserta dari Kumpulan Pantai Cahaya A. Peserta JKR PD telah berkampung selama sepetang di Kompleks tersebut. Pihak JKR PD ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam pertandingan untuk kali ini. Diharapkan agar hubungan baik yang terjalin ini dapat berkekalan di masa akan datang.












