Program Ceramah 'Kepentingan Menjaga Kesihatan'
Tajuk: Program Ceramah 'Kepentingan Menjaga Kesihatan
Tarikh: 19 Julai 2011
Tempat: Dewan Auditorium, Kompleks Pentadbiran Daerah, Port Dickson. Program
Ceramah 'Kepentingan Menjaga Kesihatan' bagi 2011 telah diadakan pada 19 Julai 2011 di Dewan Auditorium, Kompleks Pentadbiran Daerah, Port Dickson. Majlis yang berlangsung ini adalah salah satu program yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan Daerah Port Dickson. Majlis ini juga telah di meriah lagi dengan kedatangan tetamu jemputan daripada Pegawai-pegawai Kem Askar Dua Amor.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Pn Dr. Siti Nurbayah Binti Yusuf, penceramah jemputan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson. Majlis turut dirasmikan oleh En Airul Azmer Bin Zainudin, Jurutera Kem, selaku wakil daripada Tuan Jurutera Daerah JKR PD. Majlis ini di akhiri dengan pameran kesihatan & pergigian serta derma darah. Tahniah Kepada semua Pegawai JKR PD yang telah sama-sama menjayakan Program Ceramah 'Kepentingan Menjaga Kesihatan' Peringkat JKR Daerah Port Dickson, tahun ini.












