Audit Dalaman
Tajuk: Audit Dalaman Oleh Ibu Pejabat JKR Seremban.
Tarikh: 26 Julai 2011
Tempat: Bilik Mesyuarat Tanjung Biru, Pejabat JKR PD.
Pada 26 Julai 2011 yang lalu, Audit Dalaman telah berlangsung di JKR Port Dickson selama 1 hari. Ianya diketuai oleh Pn Hafliza Binti Abdullah Fakri dan di bantu oleh Cik Raja Puteri Marlina Binti Raja Abd Assis, Pn Roshaniza Binti Rosli dan Pn Juliana , Wakil daripada JKR Ibu Pejabat, Seremban.
Diantara Projek yang terpilih bagi unit bangunan untuk di audit ialah Pembinaan SJK ( T ) Sg Salak, Lukut dan Pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD )( didalam katagori pra-penyerahan) Majlis telah diserikan dengan kehadiran Jurutera Bangunan, Nurazreen Binti Md Salleh serta Pegawai JKR PD yang terlibat.Pihak JKR PD ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam pengurusan Audit Dalaman untuk kali ini terutama pegawai daripada Unit Bangunan. Diharapkan agar hubungan baik yang terjalin ini dapat berkekalan di masa akan datang. Semoga projek yang telah dipilih akan menjadi projek contoh pada masa yang akan datang.












