Kelab Sukan
CARTA ORGANISASI KELAB SUKAN
Aktiviti Kelab Sukan & Sosial
Berikut adalah aktiviti - aktiviti kelab sukan dan sosial Jabatan Kerja Raya Daerah Port Dickson.- Karnival Sukan JKR Ngeri Sembilan 2010
JKR Negeri Sembilan telah menjadi tuan rumah kepada beberapa acara sukan seperti bolasepak, takraw, pingpong, badminton dan bola tampar. Karnival sukan ini berlangsung di beberapa venue pada 3-4 Julai 2010.
- Pertandingan Bolasepak Sembilan Sebelah JKR Negeri Sembilan
Kelab Sukan JKR Negeri Sembilan telah menganjurkan Sukan Bolasepak Sembilan Sebelah pada 16 Januari 2002. Pertandingan ini melibatkan JKR Daerah Negeri Sembilan dan berlangsung di Padang Sekolah KGV Seremban. Ibu Pejabat JKR Negeri Sembilan dipilih selaku tuan rumah pertandingan ini. JKR Daerah Seremban telah muncul selaku johan dan JKR Mekanikal pula naib johan. JKR Port Dickson muncul sebagai pasukan underdog terkandas di peringkat kumpulan.
- Pertandingan Memancing Tertutup JKR Negeri Sembilan
Kelab Sukan JKR Negeri Sembilan telah menganjurkan pertandingan memancing tertutup JKR NS pada 19 Disember 2009 bertempat di  persisiran pantai berhadapan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson. Acara pembukaan pertandingan disempurnakan oleh Ir. Suhaizad Bin Hj. Sulaiman Jurutera Daerah JKR Port Dickson selaku tuan rumah yang menganjurkan pertandingan tersebut.
- Majlis Perpisahan Antara Kakitangan JKR Port Dickson
JKR Port Dickson telah mengadakan satu majlis perpisahan antara kakitangan yang bertukar ke Jabatan lain. JKR Port Dickson ingin mengucapkan selamat berjaya kepada mereka yang telah menabur jasa kepada JKR Port Dickson selama ini.












