Unit Jalan
Thursday, 24 November 2011 02:50
Unit Jalan JKR Port Dickson
Berikut adalah gambar kakitangan Unit Jalan JKR Port Dickson.
Kami bertanggunjawab di dalam pembinaan, penyelenggaraan dan pengurusan jalan-jalan persekutuan dan jalan-jalan negeri. Kami memberikan perkhidmatan teknikal dan penasihat agensi-agensi kerajaan yang lain mengenai pengurusan projek jalan dan penyelenggaraan jalan.
Objektif
- Untuk menyediakan jalan persekutuan dan infrastruktur jambatan sebagaimana dalam skim tanah kebangasaan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan negara.
- Untuk menyelaras pembinaan dan membaiki jalan-jalan kampung untuk memastikan kawasan-kawasan membangun berhubung dengan baik.
- Untuk memastikan jalan-jalan persekutuan dan jambatan-jambatan yang sedia ada disenggara dengan baik, diperbaiki dan dinaiktaraf untuk penggunaan yang lebih selamat.
Fungsi-fungsi
- Kami merancang, merekabentuk dan membina jalan-jalan dan jambatan-jambatan baru yang ditaja oleh Kerajaan Persekutuan.
- Kami bertindak sebagai agensi pelaksana di dalam pembinaan jalan-jalan baru yang ditaja oleh Kerajaan Persekutuan.
- Kami memproses dan membuat keputusan ke atas pembahagian tabung untuk membina dan menyenggara jalan-jalan JKR daerah dan pihak berkuasa tempatan.
- Kami menyenggara, mengurus dan memperbaiki semua jalan persekutuan, lebih-lebih lagi menyelaras konsesi penyelenggaraan jalan (program).
- Memberi khidmat nasihat dan ulasan kepada penguasa tempatan bagi pembangunan tepi jalan.
Carta Organisasi Unit Jalan JKR Port Dickson
Peta Jalan JKR Negeri Sembilan











